Rabu, 22 April 2015

DEMC SHAH ALAM

Arini aku ada di DEMC Shah Alam. Bukan aku sakit ye. Aku melawat salah seorang ahli keluargaku yang sedang menjalani rawatan di sini.

Sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang hospital ni..

Bila aku masuk je ke dalam hospital ni suasananya rasa tenang. Yelah.. Tempat orang sakit mana boleh bising-bisingkan. Nurse-nursenya pun ramah. Siap tegur aku tu bila tengok aku tercari-cari no ward. Hehehe..

Kebersihan? Ermmmm.. Memang bersih hospital ni. Lagipun hospital ni baru. Harap pihak pengurusannya akan sentiasa kekalkan kebersihan hospital ni sampai bila-bila.

Lagi?

Nantila kita sambung ye sbb aku ni datang nak ziarah orang sakit. Apa-apa pun tahniah buat DEMC Shah Alam..

Sabtu, 18 April 2015

Akhirnya di sini aku..

Petang tadi aku ronda2 cari makan. Tapi apa nak makan ye..
Haaaa.. Selapas aku ronda2 kawasan, akhirnya aku berhenti di sini. Kat mana tu?
Di sini... Di Old Town White Coffee la. Jom.. Kita tengok menu apa yang sedap..
Wahhhh... Time hujan2 ni memang smua aku nak makan. Tapi tak boleh sebab kita pun kena jaga pemakanan kita kan. Betul tak? 
Akhirnya, ini je yang aku makan. Hehehe..

Isnin, 6 April 2015

PERIA BERSIHKAN DARAH..

Bila berbicara mengenai sayur seperti Peria, pasti anda akan membayangkan rasa pahitnya lalu ia bukan lagi hidangan sayuran pilihan untuk dimakan. Malah Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional.

Berdasarkan kajian dari Universiti Michigan dalam penyelidikan kesihatan keluarga, setiap 100 gram Peria sebenarnya mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, dan 0.9 gram fiber untuk penghadaman serta 56 miligram kalsium. 

KEBAIKAN..

* menguatkan gigi dan tulang
* membersihkan kandungan darah kotor yang lama tersimpan dalam badan
* mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.

Sabtu, 10 Januari 2015

Tajuk lagu: Bila bulan berwarna biru. Penyanyi asal, Arab & Aidit, dari Malaysia.
Lirik lagu ni sungguh puitis dan mendalam maksudnya.
Sudah tentu lagu ni lagu jiwang. Memang terbaiklah lagu ni..
Tajuk lagu: Tiada lagi dari Amy Search.
Penyanyi asalnya dari Indoneia, Mayang Sari.
Lirik dan lagunya memang best. Lagu ni kalau didengar waktu tengah malam, gerenti boleh mengalirkan air mata. Kira tangkap jiwang tu. Huhuhu..